Susukan Bayi Suspek Dalam Perbicaraan, Sikap Baik Hati Pegawai Polis Ini Membuat Netizen Jatuh Hati

Susukan Bayi Suspek Dalam Perbicaraan, Sikap Baik Hati Pegawai Polis Ini Membuat Netizen Jatuh Hati


Baiknya hati polis ni! Inilah yang disebut-sebut netizen sebaik tersebarnya gambar seorang pegawai polis wanita sedang menyusukan bayi milik suspek jenayah yang berada dalam perbicaraan.
Pegawai polis wanita yang bernama Hao Lina dari China ini telah dilihat menyusukan seorang bayi berusia empat bulan yang kelaparan di Shanxi Jinzhong Intermediate People’s Court pada 23 September lalu, lapor Nextshark.
Image : Nextshark
Menurut sumber, ibu bayi tersebut tiada di situ kerana terpaksa hadir ke perbicaraan mahkamah atas pertuduhan penipuan dalam pengumpulan dana, penyerapan wang simpanan awam yang menyalahi undang-undang dan menyembunyikan jenayah tersebut yang telah memperdaya lebih 2,800 mangsaFuh berat jenayah si ibu tu! 
Pada jam 9 pagi, bayi berkenaan yang berada di bawah jagaan Hao dan rakan sekerjanya tiba-tiba menangis dan menarik perhatian ramai.
Hao yang juga seorang ibu muda tidak sampai hati melihat keadaan bayi tersebut yang asyik menangis. Dia akhirnya mengambil inisiatif untuk menyusukan bayi itu selepas mendapat kebenaran dari si ibu.
image : Nextshark

“Saya percaya mana-mana anggota polis pun akan buat benda yag sama. Kalaulah saya si ibu, saya pasti berharap sesiapa membantu bayi saya juga,” tambah Hao Lina lagi.
Malah dilaporkan juga, ibu bayi tersebut menangis selepas meninggalkan perkarangan mahkamah akibat tersentuh dengan tindakan baik hati Hao terhadap bayinya.
image : Nextshark

Tindakan pegawai polis ini patut dijadikan contoh. Semoga bayi tersebut tak lupakan Hao bila dah besar nanti.

Sumber : Lobakmerah


0 Response to "Susukan Bayi Suspek Dalam Perbicaraan, Sikap Baik Hati Pegawai Polis Ini Membuat Netizen Jatuh Hati"

Post a Comment

========[Klik Disini 1x ] [Close]=======
>