Lelaki Tergigit Bibir Teman Wanita Ketika Bercium, Tuntut Ganti Rugi Dari Pemandu Bas

Lelaki Tergigit Bibir Teman Wanita Ketika Bercium, Tuntut Ganti Rugi Dari Pemandu Bas

Image : Lobak Merah

Biasalah kalau nama pun bercinta semuanya indah, sampaikan salah diri sendiri pun tak nampak. Sendiri buat salah tapi orang pula yang kena. Ada ke patut?
Menurut World Of Buzz, itulah yang berlaku di Hebei, China, apabila sepasang kekasih mempamerkan kemesraan mereka dengan bercumbu-cumbuan di atas bas hinggakan ia mengundang ketidaksenangan orang ramai.
 Atas bas pun sempat kan?
Mereka yang merasakan diri mereka berdua sahaja yang berada di atas bas tersebut menyambung aksi cumbuan mereka sehingga mereka tiba di destinasi. 
Setibanya mereka di perhentian bas, mereka kemudiannya membuat aduan kepada pemandu bas tersebut bahawa si lelaki telah tergigit dan mencederakan bibir teman wanitanya secara tidak sengaja ketika mereka sedang bercumbu di atas bas.
"Encik tahu tak cara pemanduan encik telah menyebabkan saya tergigit bibir teman wanita saya sehingga berdarah? Macam mana encik memandu ni? Sekarang beritahu saya, apa saya patut buat?”

“Jika bukan kerana pemanduan encik yang cuai itu, teman lelaki saya tidak akan tergigit bibir saya. Ini semua salah encik dan encik perlu bertanggungjawab untuk ini,” ujar si teman wanita pula sambil memegang tisu dibibirnya.

Mereka berdua cuba meminta pampasan dan bayaran bil hospital dari pemandu tersebut kerana menganggap ianya salah si pemandu bas. 
Salah diri sendiri kenapa pula pemandu bas yang nak tanggung?
Mujur saja pemandu bas tersebut berfikiran waras dan tidak melayan permintaan merepek mereka. 
Diri sendiri yang nak bercumbu kat tempat awam, diri sendiri la yang tanggung. Tak gitu?
Sumber : Lobak Merah

0 Response to "Lelaki Tergigit Bibir Teman Wanita Ketika Bercium, Tuntut Ganti Rugi Dari Pemandu Bas"

Post a Comment

========[Klik Disini 1x ] [Close]=======
>