Lelaki Belasah Perempuan Simpanan Bapa Kerana Berang Jadi Punca Ibu Bapanya Bercerai

Lelaki Belasah Perempuan Simpanan Bapa Kerana Berang Jadi Punca Ibu Bapanya Bercerai

Image : Shanghaiist

Anak mana yang tak marah apabila mengetahui bapanya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain. 
Berang dengan apa yang menimpa perkahwinan ibu dan bapanya, seorang lelaki telah bertindak mengikut hati dengan memukul perempuan simpanan bapanya tanpa belas kasihan di tengah jalan.
Menurut Shanghaiist, lelaki tersebut telah mengheret seorang wanita ke tengah jalan yang sesak di kawasan Henan dan memukul mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an itu di hadapan khalayak ramai. Gila lah!
Melalui sebuah video rakaman, lelaki berkenaan juga dilihat menarik rambut kekasih gelap bapanya dan menumbuk wanita itu di bahagian perut. 
Kepala mangsa juga ditampar sambil kata-kata makian dihamun oleh anak lelaki kekasih gelapnya itu.
Manakala orang awam di sekeliling pula hanya berkumpul dan melihat kejadian berkenaan tanpa berbuat apa-apa untuk menghentikan tindakan ganas lelaki itu.


Menurut salah seorang saksi kejadian, suspek bertindak demikian kerana menuduh wanita tersebutlah menjadi punca penceraian ibu bapanya yang bakal berlaku tidak lama lagi

Meskipun begitu, punca sebenar kejadian belum diketahui dan pihak polis di bandar Yuzhou masih menjalankan siasatan.

Sumber : LobakMerah




0 Response to "Lelaki Belasah Perempuan Simpanan Bapa Kerana Berang Jadi Punca Ibu Bapanya Bercerai"

Post a Comment

========[Klik Disini 1x ] [Close]=======
>