Jantung anjing ini berhenti sejenak, syukur seseorang tahu apa yang perlu dilakukan

Jantung anjing ini berhenti sejenak, syukur seseorang tahu apa yang perlu dilakukan

[Video] Jantung anjing ini berhenti sejenak, syukur seseorang tahu apa yang perlu dilakukan
image : erabaru

Sugar telah berhenti nafas selama dua minit. Ron Pace, jurulatih anjing profesional, pantas menyelamatkan nyawa anjing ini dengan melakukan CPR.
Sebaik sahaja anjing ini berjaya diselamatkan, pemiliknya membawanya ke doktor haiwan. Ia kemudiannya mendapati Sugar menghidapi Cardiomyopathy, iaitu sejenis penyakit otot pada jantung.
Menerusi video ini, anda dapat lihat seorang wanita, mungkin tuannya cemas sehingga menangis kerana menyangka anjing kesayangannya telah mati ekoran tiada pergerakan jantung.
Semasa keadaan genting tersebut, muncul seorang lelaki yang bertindak pantas menekan-nekan badan Sugar.
Lelaki itu kemudian dilihat membuka mulut anjing itu bagi memudahkan oksigen disalurkan terus kepada paru-paru Sugar.
Sugar yang tidak bergerak, secara tiba-tiba bernafas dan bergerak namun, ianya hanya untuk seketika. Lelaki tersebut tidak berputus asa dan masih mencuba lagi menekan badan Sugar. Ajaibnya, selepas lama mencuba, dapat dilihat bahawa Sugar kembali bernyawa, dan jantungnya berdegup seperti sedia kala.
Tonton video yang menakjubkan ini di bawah.


Sumber : EraBaru

0 Response to "Jantung anjing ini berhenti sejenak, syukur seseorang tahu apa yang perlu dilakukan"

Post a Comment

========[Klik Disini 1x ] [Close]=======
>