Gadis Dibuang Keluarga, Ditinggal Kekasih Terpaksa Bersalin Tepi Jalan Kerana Hospital Tidak Mahu Merawat

Gadis Dibuang Keluarga, Ditinggal Kekasih Terpaksa Bersalin Tepi Jalan Kerana Hospital Tidak Mahu Merawat

Image : LobakMerah/Daily

Kerana cinta, seorang gadis yang masih muda terjatuh ke lembah noda. 
Akibat terlanjur, gadis itu terpaksa menanggung derita kerana membawa bayi yang dinafikan tarafnya.
Itulah yang berlaku kepada seorang remaja dari Jharkland, India apabila dia menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang berasal dari kampung yang sama sehingga disahkan hamil, lapor Nextshark.
Pun begitu, malang menimpanya apabila si kekasih tidak mahu bertanggungjawab dan meninggalkannya. 
Malah keluarganya juga bertindak untuk menghalau gadis itu dari rumah dan enggan membantunya kerana bimbang maruah keluarga akan tercalar.
Menurut penduduk tempatan, gadis yang berusia 17 tahun tersebut dilihat tinggal bergelandangan selama empat bulan di tepi jalan raya semenjak dia dihalau dari rumah.
Namun pada Isnin lalu kira-kira jam 7 petang, gadis tersebut telah ke pusat perubatan berdekatan selepas mula menunjukkan tanda-tanda ingin bersalin.
Walau bagaimanapun, pihak hospital enggan menerima atau memberi rawatan kepada gadis itu dengan alasan dia tidak ditemani penjaganya.
image : DailyMail
Biar betul hospital ni? Kalau apa-apa jadi dekat baby dia macam mana??
Walaupun begitu, pada keesokkan harinya remaja tersebut dilaporkan telah melahirkan seorang bayi perempuan dekat tepi jalan iaitu 100 meter dari hospital.
Seorang penduduk tempatan, Om Prakash Sharma terpaksa menutup jalan berkenaan kerana bimbang gadis berikut dilanggar kenderaan kerana dia dilihat terbaring di tengah jalan.
Gadis malang itu akhirnya dibantu oleh seorang pejalan kaki yang tersedar akan pakaian remaja tersebut dipenuhi darah dan keadaan bayinya yang masih bertali pusat.
image : Daily Mail
Kes tersebut dilaporkan kepada pihak polis dan pegawai perubatan dari hospital yang sama, Dr. Lakhindra Hansda telah dikejarkan ke tempat kejadian untuk memotong uri pada bayi.
Remaja tersebut dan bayinya kini dalam keadaan stabil dan mereka telah dibawa ke hospital berkenaan untuk rawatan lanjut.
Sumber: Daily Mail


Sumber: Daily Mail

“Ketika itu hanya ada dua jururawat di hospital, yang sedang sibuk menyambut kelahiran bayi kembar apabila kami dimaklumkan mengenai kes remaja berkenaan. Berlaku sedikit kekeliruan dan kami akan siasat perkara ini,” kata Dr. Hansda.
Semoga remaja tersebut dan bayinya dalam keadaan baik-baik saja. Kepada teman lelakinya, anda memang lelaki tak guna!
Sumber : Lobak Merah

0 Response to "Gadis Dibuang Keluarga, Ditinggal Kekasih Terpaksa Bersalin Tepi Jalan Kerana Hospital Tidak Mahu Merawat"

Post a Comment

========[Klik Disini 1x ] [Close]=======
>