Doktor Jahit Luka Sendiri Selepas Terkena Tembakan Supaya Dapat Bantu Selamatkan Nyawa

Doktor Jahit Luka Sendiri Selepas Terkena Tembakan Supaya Dapat Bantu Selamatkan Nyawa

Image: lobakmerah

Siapa tak kenal dengan Presiden MERCY Malaysia, Dr Jemilah Mahmood yang sering menjalankan misi-misi kemanusiaan di negara yang terlibat dengan peperangan. 
Berikut kami kongsikan salah satu pengalaman Dr Jemilah dalam merawat pesakit di zon peperangan yang sangat menyentuh hati.
Dr Jemilah Mahmood dan pasukannya dalam perjalanan untuk menghantar bekalan perubatan ke salah sebuah hospital kanak-kanak di Iraq apabila mereka terperangkap dalam kejadian tembak menembak.
Sumber : Teach for Malaysia

Dua daripada ahli pasukannya terbunuh, manakala dua orang doktor pula cedera dan Dr Jemilah malangnya telah ditembak pada bahagian pinggulnya.
“Saya telah terkena tembakan melalui seorang rakan, Dr Baba. Dia cedera teruk dan dialah yang cuba menghalang peluru tersebut dari terkena saya,” kata Dr Jemilah ketika dalam sesi temubual bersama Sydney Morning Herald di Australia berikutan Hari Kemanusiaan Sedunia.
Peluru tersebut menurutnya telah menembusi rakan Dr Jemilah dan sebuah buku Reader’s Digest yang tebal sebelum mengenai pinggulnya.
Dia terpaksa menjahit luka akibat tembakan itu sendiri dan membiarkan peluru tersebut di dalam pinggulnya sebelum membawa Dr Baba ke meja operasi. 
Dalam pada itu, dia menangis memikirkan apakah dia sudah membuat satu kesalahan besar dalam membawa pasukan MERCY Malaysia ke negara peperangan itu pada tahun 2003 lepas.
Sumber : vimeo
“Kami ada membawa bendera putih, semuanya dalam keadaan betul,” katanya sambil menjelaskan bahawa mereka telah ditembak walaupun sudah meletakkan simbol bendera putih kemanusiaan dengan jelas sekali pada ambulans yang mereka naiki.
Belum sempat dia bertenang dengan apa yang berlaku, dia ditarik semula ke dunia realiti apabila menerima berita bahawa seorang wanita yang menghidapi anemia bakal melahirkan bayi.
Dr Jemilah dengan pantas menjalankan pembedahan cesarean dan seorang bayi lelaki selamat dilahirkan dalam masa beberapa jam selepas dia ditembak pada pinggulnya dan kehilangan beberapa ahli pasukan MERCY.
Walau bagaimanapun, realiti sebenar mengenai situasi peperangan ini mula dirasai selepas enam jam kemudian, apabila Dr Jemilah bertanya kepada wanita yang baru melahirkan tadi mengapa dia sedang bersiap-siap untuk pulang ke rumah.
Sumber : Isa Award
“Jikalau bom dijatuhkan ke rumah saya pada malam ini, saya mahu bersama anak-anak saya,” jawab wanita tersebut.
Pada saat itulah Dr Jemilah mula sedar bahawa insan seperti wanita ini dan pejuang kemanusiaan lainlah merupakan hero sebenar yang sanggup mengorbankan nyawa mereka sendiri demi menyelamatkan orang lain.
“Mengapa saya merungut tentang peluru yang ditembak ke pinggul saya ini? Kita tidak boleh melawan takdir. Pasti ada sebab mengapa saya di sini. Jikalau saya mengalah, saya tidak melakukan keadilan kepada mereka yang telah banyak berkorban.”
Hal ini juga menunjukkan bahawa sukarelawan kemanusiaan sebenarnya tidak dilindungi daripada kekejaman peperangan.
“Sektor kemanusiaan kini tidak lagi dianggap suci dan undang-undang kemanusiaan dunia juga tidak lagi ditegakkan. Kita diserang walaupun kita tidak sepatutnya diperlakukan begitu,” jelas Dr Jemilah.
Difahamkan bahawa 29 anggota Palang Merah dan Bulan Sabit Merah telah terkorban dalam menjalankan misi sejak Januari 2017 lalu.
Kerjaya Dr Jemilah dalam bidang perubatan bermula sebagai pakar obstetrik dan sakit puan. Namun dia mula jatuh cinta dengan aktiviti kemanusiaan selepas berbual dengan anak lelaki yang berusia lima tahun mengenai peperangan di Kosovo.
Kata anaknya, “Mama kan doktor, pergi dan buatlah sesuatu.” Sejak dari itu bermulalah perjalanan hidup Dr Jemilah sebagai sukarelawan kemanusiaan.
Disebabkan usahanya dalam misi kemanusiaan, Dr Jemilah Mahmood telah menerima pelbagai anugerah dari Malaysia dan negara luar termasuklah empat anugerah tempatan iaitu DPMP Perak, DIMP Pahang, PJN dari Yang di-Pertuan Agong dan PSM yang membawa gelaran Tan Sri.
Pada peringkat antarabangsa, dia telah dianugerahkan Isa Award for Service to Humanity pada tahun 2013. Anugerah tersebut telah diasaskan oleh Yang Mulia Raja Hamad bin Isa al Khalifa, Raja Bahrain untuk meraikan kejayaan sukarelawan kemanusiaan.
Dr Jamilah juga kini bertindak sebagai pemacu utama dalam MERCY Malaysia yang dikenali sebagai NGO Asia pertama dan NGO ketiga dunia yang diiktiraf misi kemanusiaannya oleh Humanitarian Accountability Partnership pada tahun 2007.
Semoga usaha Dr Jemilah dalam membantu mangsa peperangan dipermudahkan! 
Sumber : LobakMerah

0 Response to "Doktor Jahit Luka Sendiri Selepas Terkena Tembakan Supaya Dapat Bantu Selamatkan Nyawa"

Post a Comment

========[Klik Disini 1x ] [Close]=======
>