Dikecam Permainkan Agama Zila Seeron Berhijab Semula

Dikecam Permainkan Agama? Zila Seeron Berhijab Semula

Image : Hangat.com

Suatu ketika dahulu Zila Seeron pernah dicekup oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan atas dakwaan berkhalwat dengan status isteri pelawak yang juga pelakon komedi, Along Cham.
Zila Seeron juga menjadi bualan hangat apabila membuka tudung manakala rambutnya diwarnakan perang.
Image : Hangat.com
Menurut laporan dari Harian Metro, Zila sekali lagi mengejutkan peminat apabila kembali mengenakan hijab. Ada yang menimbulkan banyak spekulasi sehingga mensyaki dia mempersendakan adab pemakaian tudung.
Walaubagaimanapun, Zila memohon orang ramai supaya mendoakan yang baik-baik padanya;
“Tolong doakan saya agar terus istiqamah dengan penampilan begini. Saya mohon maaf andai pernah mengguris perasaan ramai pihak.
“Sebagai manusia yang kerdil di bumi Allah SWT ini, saya tidak lari daripada membuat kesilapan dan terima setiap yang berlaku dengan hati yang lapang.
“Tidak dinafikan sukar untuk saya melalui situasi yang membabitkan orang ramai, namun saya perlu cekal dan tabah,” katanya.
Zila kini selesa dengan kehidupan solo dan masih belum merancang untuk berumah tangga semula. Fokus utamanya kini membina kerjaya nyanyian semula.
Sumber : Hangat

0 Response to "Dikecam Permainkan Agama Zila Seeron Berhijab Semula"

Post a Comment

========[Klik Disini 1x ] [Close]=======
>