“Bergaya sampai nak pakai kopiah, tetapi sentuh bukan mahram”

“Bergaya sampai nak pakai kopiah, tetapi sentuh bukan mahram”
Image : ohmymedia

Sejak kebelakangan ini, nama Alicia Amin menjadi semakin trend di laman-laman media sosial. Alicia Amin atau nama sebenarnya, Raja Alicia Raja Amin yang merupakan seorang model dan juga peserta Asia’s Next Top Model musim ke-5 menjadi bualan apabila foto-fotonya yang seksi telah dikongsikan oleh Alicia di laman Instagram beliau telah mendapat perhatian netizen.


Image : ohmymedia

Terbaru, gadis yang baru berusia 22 tahun ini telah menimbulkan kontroversi sekali lagi apabila beliau telah memuatnaik gambar beliau yang berpakaian seksi bersama dengan seorang lelaki yang sedang memakai kopiah di laman Instagram beliau.

Image : ohmymedia

Alicia yang mengenakan baju kelabu biru dan dikelilingi lelaki yang memakai kemeja putih sambil mengenakan kain pelikat dilihat tidak sopan apatah lagi salah seorang daripada lelaki berkenaan memakai kopiah yang merupakan pakaian yang dipakai oleh orang Islam ketika menunaikan solat.

Tidak cukup dengan itu, Alicia turut juga berkongsi gambar beliau yang memakai pakaian yang kelihatan seperti sehelai hijab sambil memakai baju yang mendedahkan kedua-dua belah bahunya.

Image : ohmymedia

Difahamkan pelakon drama Meh Sandar Lagi ini pernah menyuarakan pendapatnya yang kurang senang dengan sikap sesetengah masyarakat Melayu yang dianggap tidak terbuka.

Sumber : OhMyMedia

0 Response to "“Bergaya sampai nak pakai kopiah, tetapi sentuh bukan mahram”"

Post a Comment

========[Klik Disini 1x ] [Close]=======
>